Thanks For Your Feedback!

Email
Subject
Message
2 + 9 = ? (answer as number)
Open/Close
RSS

Announcements

Perlaksanaan eManifest Di Pelabuhan Merdeka

eManifest

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pasukan Kerja (Task Force) Perlaksanaan eManifest Pelabuhan WP Labuan anjuran Jabatan Kastam DiRaja Malaysia WP Labuan pada 4 Mac 2013 telah melantik Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan SCN (Ship Call Number) bagi kapal-kapal di Pelabuhan Merdeka Labuan.

Sehubungan dengan itu, semua Agen Perkapalan dan Pemilik Kapal (PSA/SA) yang mempunyai Lesen Pendaftaran Kastam adalah diminta untuk mengemukakan permohonan kepada LLPM untuk pengeluaran "Vessel ID" bagi membolehkan mereka mendapatkan SCN. Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat LLPM atau muat-turun d sini.

Untuk makluman, pilot-run eManifest di Pelabuhan Merdeka Labuan akan dilaksanakan 1 April 2013, sementara live-run eManifest pula akan dilaksanakan pada 15 April 2013 (tertakhluk kepada pengumuman rasmi oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia WP Labuan).

Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan dihargai agar perlaksanaan aplikasi eManifest berjalan lancar dan sempurna seperti dijadualkan.

&