Home
News & Articles
Latest News On Labuan 2009
|
Jabatan Laut Dicadang Tubuh Tabung Keselamatan |
|
|
|
Written by New Sabah Times
|
|
Sunday, 31 May 2009 00:00 |
|
|
|
LABUAN: Jabatan Laut Semananjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dicadang supaya menubuhkan Tabung Keselamatan untuk pengusaha bot-bot penumpang termasuk pengangkutan feri bagi membantu membiayai pembelian alat-alat keselamatan bot yang sudah uzur.
|
|
|
|
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, cadangan itu adalah bagi memudahkan pihak pengusaha bot penumpang dan feri yang beroperasi di pulau ini mendapat peralatan keselamatan yang di luluskan oleh pihak kerajaan, selain meningkatkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dari aspek keselamatan.
|
|
|
|
“Para pengusaha bot penumpang dan feri akan menyalurkan dana ke dalam tabung ini yang akan diurus oleh Jabatan Laut dan semua dana akan digunakan untuk mengganti atau membeli peralatan keselamatan bot-bot mereka yang telah uzur,” katanya.
|
|
|
|
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai fungsi dan tanggung jawab Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan yang disampaikan pengarah jabatan itu, Benjamin Barnard Bijion sempena lawatan beliau ke jabatan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|