logo

.
Tuesday 07th of September 2010    
Visitors

Home
Majlis Pembukaan Rasmi D' One Mart WP Labuan & Pelancaran Kad Ceria Print E-mail
Sunday, 03 May 2009 00:00

PASARAYA 24 JAM PERTAMA DI MALAYSIA DIBUKA DI LABUAN

Anak syarikat LLPM, LPM Corporation Sdn. Bhd. telah mencipta satu sejarah apabila Pasaraya D' One Mart miliknya telah dibuka dengan rasminya pada 3hb Mei 2009 yang lalu. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam satu majlis penuh meriah dan warna warni. Beliau memuji langkah baik D' One Mart dan berharap D' One Mart akan dapat dikembangkan ke negeri-negeri yang lain termasuk Kuala Lumpur.
Menteri Wilayah Persekutuan; YB Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Wholly-owned by LPM Corporation
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Labuan; YB Datuk Haji Yussof Mahal, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan; Datuk Ahmad Phesal Talib, Yang DiPertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Labuan; Tuan Haji Yussof Mohammad dan pengasas D' One Mart yang juga Pengarah Urusan LLPM; En. Mohd Alias Abd. Rahman.

D' One Mart mula dibuka kepada umum pada tahun 2005 sebagai sebuah kedai serbaguna 24-jam bagi memenuhi kehendak pengguna tempatan. Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, En. Mohd Alias telah memutuskan untuk memperbesarkan ruang perniagaan kepada enam lot pada awal tahun ini. D' One Mart menawarkan konsep peruncitan yang terbaru termasuk operasi 24-jam, produk yang pelbagai, program kad Ceria, ruang mainan kanak-kanak dan kafe agar pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan.

Sekitar Perasmian D' One Mart & Pelancaran Kad Ceria

 
bottom

Powered and Maintained by ICT Department of Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.
Copyright 2009-2010. All Rights Reserved
.