|
Lawatan Tim. Menteri Pengangkutan Malaysia |
|
|
|
Friday, 29 May 2009 00:00 |
|
|
|
Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Abd. Rahim Bakri telah membuat lawatan ke Pelabuhan Merdeka Labuan pada 29hb Mei yang lalu. Pada majlis dialog tersebut, beliau telah diberi taklimat tentang sumbangan LLPM sejak 10 tahun lalu oleh Pengerusi Eksekutif LLPM, Tuan Hj Yussof Mohammad.
|
|
|
 |
|
|
|
Datuk Rahim telah menekankan tentang perlunya kemudahan infrastruktur pelabuhan Labuan dinaiktaraf agar tahap perkhidmatan perkapalan dapat diperbaiki dan lebih kompetitif. Beliau berharap LLPM dan Jabatan Laut, khususnya dapat bekerjasama bagi tujuan tersebut.
|
|
|
|
Beliau juga memaklumkan bahawa kajian EIA masih dijalankan ke atas Pelabuhan Bersepadu Labuan dan pembangunan pelabuhan baru tersebut hanya kan dapat dilaksanakan pada RMK-10.
|
|