|
Lawatan Menteri Satu Penghargaan Buat LLPM |
|
|
|
|
|
LLPM melalui banyak cabaran getir sepanjang 10 tahun beroperasi di Pelabuhan Merdeka Labuan. Pada awal penglibatannya, hubungan LLPM dengan agensi yang berkaitan agak suram dan longgar. Namun, lama kelamaan, dengan terbuktinya sumbangan dan kejayaan LLPM di mata masyarakat perniagaan, hubungan dengan pihak yang berwajib telah menampakkan pembaharuan.
|
|
|
|
|
Penghargaan dari pelbagai pihak telah dapat dirasakan dengan lebih ketara dengan adanya beberapa siri lawatan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Kerajaan sejak kebelakangan ini. Lawatan dua Menteri kabinet dan dua Timbalan Menteri atas jemputan LLPM sepanjang 12 bulan lalu merupakan satu penghargaan tinggi kepada syarikat.
Pada 9hb Jun 2008, Timbalan Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Lajim Haji Ukin melawat LLPM. Beliau merasa kagum dengan kejayaan LLPM dan sumbangannya terhadap ekonomi Labuan. Beliau juga bersedia untuk memberi pertimbangan terhadap mana-mana cadangan untuk membangunkan sektor pelabuhan di Labuan.
Pada 3hb Mei 2009 yang lalu, Pasaraya 24-jam D' One Mart telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, YB Datuk Raja Nong Chik Raja Ibrahim sebagai salah satu acara Sambutan Jubli Perak Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. D' One Mart dimiliki sepenuhnya oleh anak syarikat LLPM, LPM Corporation Sdn. Bhd.
|
 |
|
|
|
 |
Pada 18 April lalu, Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ong Tee Kiat sendiri telah sudi menghadiri satu majlis makan tengahari yang dihoskan oleh LLPM di Dewan Liberty, Pelabuhan Merdeka. Kerjasama antara pelbagai syarikat tempatan yang diterajui pelbagai kaum bagi membangunkan Pelabuhan Merdeka telah dapat disaksikan sendiri oleh YB Menteri.
|
|
|
|
|
Seterusnya, 29 Mei yang lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan yang baru; YB Datuk Rahim Bakri telah mengunjungi Pelabuhan Merdeka dan dan mengadakan perbincangan dengan pihak LLPM tentang pelbagai isu. Datuk Rahim bukanlah orang baru di Labuan. Ramai yang menghadiri perjumpaan tersebut adalah kenalan lama beliau.
|
|
Kesudian tokoh-tokoh kanan negara menerima jemputan LLPM merupakan satu manifestasi kejayaan dan sumbangan LLPM bukan sahaja kepada Pelabuhan Merdeka malah kepada perkembangan ekonomi Labuan keseluruhannya. Ia juga memberi suntikan semangat ke atas LLPM untuk bekerja lebih keras dalam membangunkan sektor pelabuhan dan maritim di Labuan.
|
 |
|
|
|
|
Adalah diharapkan, dengan terjalinnya hubungan baik di antara syarikat dengan pemimpin negara, Pelabuhan Merdeka dan Pulau Labuan akan dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam misinya untuk menjadi sebuah pusat logistik dan perkapalan utama di rantau ini.
|
|