logo

.
Wednesday 28th of September 2016    
   
          Visitors

Home Visits and Meetings Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan dan Pelabuhan-pelabuhan Malaysia
Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan dan Pelabuhan-pelabuhan Malaysia Print

Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan dan Pelabuhan-pelabuhan Malaysia
LLPM telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia Bil. 01, Penggal Ke-Lima, Sesi 2008 2010 yang diadakan pada 22hb 23hb Julai 2008.

Mesyuarat kali ini yang dihadiri 32 perwakilan telah mencatat sejarah apabila ia dihadiri oleh 21 dari 23 pelabuhan-pelabuhan dari seluruh Malaysia yang mana merupakan kehadiran terbesar yang pernah dicatat berbanding mesyuarat-mesyuarat sebelumnya.

Pengarah Urusan LLPM, Encik Mohd Alias Abd Rahman,dalam ucapan alu-aluannya menyifatkan pemilihan LLPM sebagai tuan rumah kali ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan yang tinggi oleh gergasi-gergasi dari pelabuhan-pelabuhan di seluruh Malaysia ke atas keupayaan LLPM.

Selain daripada mesyuarat secretariat berkenaan, beberapa aturcara lain telah diadakan. Ini termasuklah:

  • Taklimat Pencegahan Dadah di dalam Kawasan Pelabuhan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • Taklimat Peralatan Keselamatan Pelabuhan
  • Lawatan ke tempat-tempat sejarah / pelancongan di sekitar Labuan
  • Majlis Serah Terima Tugas Urusetia Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia antara Lembaga Pelabuhan Johor dengan Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Sdn. Bhd.
sekretariat2
Walaupun belum mempunyai unit Polis Bantuannya sendiri, LLPM telah diterima sebagai Ahli Bersekutu Persatuan Polis Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia (PPBPM). PPBPM juga akan membantu LLPM dalam proses permohonan mendapatkan status Polis Bantuan.
 
bottom


Notice: Undefined variable: list in /home/llpmcom/public_html/templates/themza_j15_12/html/pagination.php on line 150

Notice: Undefined variable: html in /home/llpmcom/public_html/templates/themza_j15_12/html/pagination.php on line 150

Notice: Undefined variable: list in /home/llpmcom/public_html/templates/themza_j15_12/html/pagination.php on line 151
Powered and Maintained by ICT Department of Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.
Copyright 2009-2011. All Rights Reserved
.