Tuesday 07th of September 2010
|
Majlis Penghargaan & Malam Gala 2008 |
|
|
|
Satu Majlis Penghargaan dan Malam Gala 2008 telahpun diadakan dengan meriahnya di Dewan Liberty LLPM pada 3hb. Januari 2009 lalu. Selain dari menjadi acara penutup perayaan Ulangtahun ke-10 LLPM, ia juga bertujuan meraikan dan menghargai jasa dan prestasi kakitangan LLPM dan syarikatsyarikat yang berkaitan dengannya yang telah memberi khidmat bakti sehinggalah LLPM menjadi sebuah syarikat yang berjaya ketika ini.
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Antara acara-acara yang diadakan di Malam tersebut ialah majlis penghargaan kepada kakitangan yang telah lama berkhidmat dan menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan di samping saguhati kepada wira-wira LLPM yang telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini. Turut diselitkan ialah persembahan multimedia, karaoke dan tarian.
|
|
|
|
Namun, acara yang paling ditunggu-tunggu ialah Cabutan Tiket Bertuah di mana semua staf berjaya menerima sekurang-kurangnya satu hadiah. Beberapa staf turut bernasib baik menerima hadiah-hadiah istimewa termasuklah sebuah peti sejuk besar yang dihadiahkan oleh Pengerusi Eksekutif LLPM, Tuan Haji Yussof Mohamad.
|
|
|
 |
|
|
|
Sebelum itu, Tuan Haji Yussof dan Pengarah Urusan LLPM; En. Mohd. Alias Abd. Rahman telah memberi ucapan masing-masing di mana mereka telah meniti sejarah dan cabaran yang terpaksa dilalui LLPM selama 10 tahun yang lalu. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras membantu LLPM mencapai kejayaan sehingga ke hari ini.
|
|
|
 |
|
