|
Gemilang di Puncak Kinabalu |
|
|
|
Written by Jailani Hasan
|
 |
|
|
Tanpa menghiraukan erti penat lelah dan putus asa, umur yang telah meningkat serta keadaan fizikal dan mental yang semakin terhakis, 10 kakitangan termasuk dua wanita telah berjaya menawan Gunung Kinabalu. Maka tercapailah misi Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) untuk menakluki gunung tertinggi di Asia Tenggara ini sempena Ulangtahun ke-10 penubuhannya.
|
|
|
|
|
|
|
Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu 2008 ini hampir tidak dapat diteruskan berikutan bilangan pendaki yang terlalu ramai. Namun, dengan semangat jitu dan niat murni untuk melihat bendera 10 tahun LLPM terkibar di puncak Kinabalu, ekspedisi itu akhirnya terlaksana jua. Ekspedisi anjuran LLPM pada 27-30 November ini bermula di Labuan dengan konvoi lima kenderaan pacuan empat roda yang diketuai pendaki berpengalaman yang telah berjaya menawan Gunung Kinabalu sebanyak empat kali iaitu Pengarah Urusan LLPM, Mohd Alias Abd Rahman.
|
|
|
|
|
Bilangan anggota ekspedisi pendakian adalah 13 orang dengan dipimpin oleh tiga orang Penunjuk Arah (guides) Taman-Taman Sabah.
|
|
|
 |
|
Sikap terpuji guides ini telah banyak membantu kami untuk mencapai misi untuk mengibar bendera 10 Tahun LLPM di puncak Kinabalu. Seperti pendaki-pendaki lain, kami juga harus merentangi pelbagai halangan termasuklah merentangi curam setegak 80 darjah dan harus melepasi tujuh hentian iaitu Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Mempening, Layang-Layang, Pondok Villosa dan Pondok Paka sebelum sampai di Laban Rata.
|
 |
|
Pada awal pendakian, dua orang pendaki telah terkandas untuk beberapa jam di Pondok Layang-Layang yang berketinggian 2,702 meter / 8,865 kaki. Sebagai kumpulan yang telah sampai awal di Laban Rata, kami merasa gelisah tentang keadaan dua rakan kami ini khususnya di dalam keadaan suhu yang begitu sejuk dan tanpa ditemani mana-mana pendaki lain. Pada satu ketika, kami telah dimaklumkan bahawa mereka tidak dapat meneruskan pendakian dan saya telah diarah untuk mengambilalih tanggungjawab untuk mengetuai ekspedisi. Saya bersedia untuk memikul peranan itu namun di hati benak saya, terpancar harapan bahawa kedua rakan karib saya itu pasti berjaya meneruskan perjalanan mereka.
|
|
|
|
Pada jam 6.45 malam, mereka masih belum sampai di Laban Rata di ketinggian 3,272 meter/10,735 kaki. Tiba-tiba, seorang guide memberitahu bahawa dua rakan kami telah meneruskan pendakian. Hati semakin resah dan gelisah. Kami panjatkan doa memohon keselamatan untuk mereka. Apakan tidak, keadaan masa itu sungguh sejuk dan gelap. Mereka tidak menggunakan jaket tebal atau peralatan keselamatan lain, hanya sekadar T-shirt, seluar pendek dan sebatang tongkat berlampu yang memberi sedikit cahaya menjadi taruhan.
|
|
|
|
Pada jam 8.45 malam dan pada suhu sejuk 9.3/9.7 darjah celcius, akhirnya kami menerima berita yang sangat menggembirakan Gani Paijan dan Isar Aderian telah selamat sampai.. Pelukan erat kami berikan kepada mereka. Tanpa makanan dan air panas, apa saya sempat sediakan untuk mereka hanyalah sup yang telah suam dan Nescafe suam daripada guides kami. Kami kagum dengan semangat tidak putus asa dan kecekalan mereka berdua.
|
|
|
 |
|
Keinginan melangit mereka untuk mengharumkan nama syarikat yang kami sayangi - Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd. mengatasi batasan fizikal yang sangat mencabar. Semangat untuk menawan Gunung Kinabalu menggunung semula.
|
|
|
|
Kesemua pendaki dinasihatkan untuk bangun awal dan berkumpul seawal jam 2.30 pagi. Tanpa apa-apa makanan dan hanya sebotol minuman, kami menyahut cabaran untuk meneruskan pendakian ini.
|
|
|
 |
|
Sekali lagi, kami menerima dugaan apabila seorang pendaki wanita, Siti Khadizah Abd Hamid, berasa putus asa. Namun, setelah diberikan suntikan semangat baru dan demi rakan-rakan lain, dia bersetuju meneruskan pendakian denganl dipapah oleh seorang guide.
|
|
|
 |
|
|
Perjalanan lebih kurang empat jam dari Laban Rata untuk sampai ke puncak gunung, melalui pelbagai curaman yang memeranjatkan dan sebilangannya mengerikan. Itulah keistimewaan gunung kebanggaan Malaysia. Pendaki-pendaki dinasihatkan tidak terlalu banyak berehat kerana ia boleh menyebabkan ekspedisi menjadi lambat. Tetapi saya memaklumkan kepada guides kami bahawa kami mahu kesemua 13 orang berjaya naik ke puncak. Akhirnya, daripada 13 pendaki, hanya 10 sahaja berjaya sampai ke puncak.
|
|
Tiga yang lain hanya berjaya sampai di hentian akhir Pondok Sayat-Sayat, di mana di situlah seorang ranger membuat pendaftaran terakhir nama-nama pendaki yang berjaya melepasi hentian tersebut.
|
 |
 |
|
|
10 pendaki LLPM berjaya sampai di puncak pada jam 6.15 pagi dan kami semua berkesempatan menyaksikan terbitnya matahari yang cukup mengagumkan.
|
|
Dengan airmata yang berlinangan, kami pacakkan bendera 10 Tahun LLPM di puncak GUNUNG KINABALU. Misi murni kami telah berjaya - 10 pendaki di puncak Kinabalu di tahun ke-10 penubuhan LLPM.
|
 |
|
|
Kejayaan ini lebih dari sekadar pencapaian fizikal. Ia mencermin dan membuktikan bahawa jiwa yang cekal dan membara, semangat setiakawan dan impian menggunung mampu mengatasi segalanya. Di atas kejayaan ini,syarikat telah memberikan penghargaan kepada wira-wira ini dan kakitangan lain yang telah bertungkus lumus menjayakan misi ekspedisi tersebut di Malam Penghargaan dan Majlis Gala LLPM.
|
|